In Catatan Harian Catatan Perunding Hartanah

Cabaran Seorang Mommy Perunding Hartanah



Menjadi seorang Mommy Perunding Hartanah bukannya mudah. Sebagai seorang suri rumah, rutin harian di rumah amat padat, Malah amat mencabar tetapi penuh keseronokan. Lebih-lebih lagi punya anak kecil yang perlu diuruskan. Bertambah cabarannya. Cabaran seorang mommy adalah masa. Adakalanya sangat letih. Mana nak dikejar, rumah nak kena kemas, masak lagi, basuh baju, sidai baju, baby lagi, nak cari client baru, nak masukkan iklan owner rumah dan macam-macam lagi. Itu belum masuk bila baby meragam the whole day. Memang perlu semangat dan ketabahan yang kuat.

Walaupun penuh dengan cabaran tetapi saya suka dengan kerja saya. Pada pandangan saya, bekerja dari rumah itu lebih banyak kebaikan dari bekerja di luar. Salah satu nikmat yang saya sangat hargai kini adalah saya dapat mendidik dan melihat pembesaran anak-anak saya sendiri. Ini adalah nikmat saya terlepas satu masa dulu. Dulu pergi kerja pagi dan balik malam. Setiap hari begitu. Sedar-sedar anak-anak sudah besar. Alangkah ruginya saya rasa apabila dikenang-kenang.

Kini, dengan adanya baby baru yang kecil, kemana saja saya pergi saya akan bawa bersama. Erti kata lain "takkan terpisah kami". Keseronokan bekerja begini buatkan saya akan kenang saat ini apabila saya tua nanti. Bila Alya dah besar nanti ada juga cerita yang nak dikongsikan bersama-sama.



Kelas Property Guru


Masa ini Alya 7 bulan. Alya teman mama belajar dan Alya pun tak boleh duduk diam.






Kesian Alya penat teman mama dia. #7bulan

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Soal Jawab (Q&A)

4 Design Dalam Rumah Yang Kena Buat Dulu Sebelum Tua



Ramai orang sekarang ni beli rumah 2 tingkat. Masa muda ok la nak turun naik tapi bila tua memang dah tak larat dah.

SEDIA AWAL. Seeloknya 10 tahun sebelum umur anda 50 tahun. Antara LANGKAH yang perlu anda buat;

1. TANGGA

Kalau boleh biarlah tangga kita selebar 70 cm. Paling baik kalau ada handrails kat dua-dua belah. Senang nak pegang. Tak tahu macam mana? Alaaa senang je...macam kat hospital tu 😉

2. PINTU DAN TINGKAP

Kalau ada duit lebih, tukar la pintu dan tingkap rumah kita sebab bila kita dah tua mungkin kita akan guna kerusi roda atau stretchers. Memang kena ada ruang yang besar.

Pastikan lebar pintu 80 cm dan pastikan ruang depan pintu mencukupi dalam 1.2 sq meter dan 1.5 sq meter. Pintu tu pula biarlah yang senang nak buka. Kena ingat orang dah tua tenaga dah tak banyak.

Sama juga dengan tingkap. Pastikan tingkap tingginya 69cm dari paras lantai.

3. BILIK AIR

Bilik air ni lagi sensitif sebab licin. Pastikan tiling anti licin. Kalau boleh biar ada tempat pemegang. Senang nak berpaut. Tak tahu macam mana. Senang je. Imagine bilik air kat hospital macam mana, so macam tu la bila nak buat.

Pintu bilik air pun perlu lebar. Bina titi di pintu masuk. Senang nak tolak kerusi roda. Bilik air pun kena ada ruang yang luas. Mudah nak letak kerusi. Jangan lupa hot shower. Orang tua pun macam baby. Kena mandi air panas.

4. SUIS ELEKTRIK

Kalau boleh biarlah suis rumah kita dibuat setinggi 70cm dari paras lantai. Mudah kita nak tekan dan kita takkan susahkan orang lain nak buka lampu.

Mudah kan😁. Bila umur meningkat tua, kita bukan hanya perlu sedia kewangan yang kukuh tapi rumah pun kita perlu bersedia.

SHARE pada kawan-kawan jika bermanafaat.

Zeela Lamin
Real Estate Negotiator
Propland Consultancy

#zeelalamin
#perundinghartanah
#propland
#yourpropertypeople
#realestateagent

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Rumah Untuk Dijual

Bandar Seri Sendayan, Seremban



NAK RUMAH YANG TENANG DAN DAMAI SUASANA? ANDA WAJIB PILIH KAWASAN INI!!
>>>EXCLUSIVE LISTING<<<
.
2 ST CORNER LOT TERRACE HOUSE, NUSARI AMAN 3 BANDAR SERI SENDAYAN SEREMBAN
DETAIL
-----------------------
- FREEHOLD
- Built up area 26 X 80
- Land area 3778 sf
- 4 room + 4 bathroom
- 24hours GATED AND GUARDED
– Berada di kawasan yang sedang pesat membangun.
– Berhampiran kawasan kedai dan sekolah.
– Rumah masih basic dan tiada penambahan.
– Kawasan ini nanti akan dinaik taraf.
– Universiti dalam perancangan pembinaan.
– Suasana yang damai dan jauh dari kebisingan.
– Kejiranan yang harmoni dan suasana yang tenang
EASY ACCESS
-----------------------------
– 15 minit perjalanan ke Seremban.
– 25 minit perjalanan ke PORT DICKSON.
– 30 minit perjalanan ke KLIA / LITAR F1.
– 45 minit perjalanan ke K. LUMPUR melalui PLUS Highway.
AMENITIES
------------------------------
– Berhampiran dgn Jusco dan Tesco.
– Berhampiran dgn Columbia Hospital.
-------------------------------------------
>>>Asking Price: RM650K (Nego)<<<
-------------------------------------------
Bayaran:
 3% Earnest Deposit.
 7% Upon Sign S&P.
 Bank loan & Lawyer Services boleh diaturkan.
Kalau anda berminat nak tengok rumah boleh Call/SMS atau Whatsapp saya.
Nak senang klik link ni untuk whatsapp👇👇
Zeela Lamin
Real Estate Negotiator 23304
017-267 2013
PROPLAND CONSULTANCY VE(3)0326
Registered Property Consultants,
Valuation Surveyors, Real Estate Agents, Property Managers, Plant & Machinery Valuers
No. 58A, 1st Floor, Jalan Badminton 13/29
Tadisma Business Park,
Section 13
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 603-5524 3645
Fax: 603-5524 3745
Email: propland.sales@gmail.com
======================================================
Cari Hartanah & Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan, klik sini
Nak Jual Rumah Tapi Tak Tahu Harga, klik sini
======================================================







Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Catatan Harian

Sembang 1 Juta

Ini kisah semalam. Jumaat yang mulia, akak gigih bersiap nak berjumpa dengan kakak akak yang cantik dan comel ni. Pagi-pagi lagi akak dah keluar rumah and of course with my cute baby, Alya. Bak kata jangan pisahkan kami...hahaha akak melawak.
Berjumpa di Melawati Mall. First time datang. Baru buka rupanya Melawati Mall ni. Kami sembang sakan semalam. Tapi ada topik best yang kami borakkan semalam. Topik 1 juta...woww!!! akak tersuka.
Rupa-rupanya semua orang pun boleh ada simpanan 1 juta ye. Akak tak sangka dan akak sedang mula memasang angan-angan untuk ada simpanan 1 juta pada usia 60 tahun nanti. Duit hari tua. Cukuplah nanti akak dan suami akak setakat nak makan minum nanti.
Mesti semua orang pelik macam mana nak dapat 1 juta kalau simpanan sekarang pun semput-semput ye. Ada caranya. Sebelum ini pun akak tak tahu. Siapa yang nak belajar boleh beritahu akak. Nanti akak ajar ye.
Ok, itu saja nak cerita kisah semalam.
Zeela Lamin
Perunding Hartanah 23304
Propland Consultancy
www.zeelalamin.blogspot.com

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Soal Jawab (Q&A)

4 Langkah Ini Mampu Membuatkan Rumah Anda Dijual Cepat



Tips ini sesuai di baca oleh mereka yang ingin menjual rumah mereka.

Bagi pemilik rumah yang berhajat nak menjual rumah, sudah pasti anda inginkan rumah anda dijual dengan cepat. Sudah pasti ada perancangan yang telah dibuat dengan keuntungan jualan rumah. Mungkin ada yang ingin membeli rumah yang lebih besar atau menggunakan wang tersebut bagi sesuatu yang penting.

Pastikan anda mengambil langkah ini bagi memastikan rumah anda dijual dengan cepat.

1. Kenal pasti MARKET VALUE rumah anda. Anda boleh semak dengan bank-bank yang ada. Setiap bank berbeza MARKET VALUEnya.

2. Buat ANALISA HARGA rumah anda. Anda boleh semak harga rumah di kawasan anda di portal-portal hartanah seperti Property Guru, IProperty atau yang paling biasa orang tengok adalah di Mudah.com. Lihat berapakah anggaran dijual di sana. Ambil harga yang paling ramai orang jual. Jangan ambil harga yang paling tinggi dan jangan ambil harga yang paling rendah.

Proses ini penting kerana kita ingin lihat adakah harga pasaran bersamaan dengan MARKET VALUE. Sekiranya harga pasaran jauh lebih rendah dari harga MARKET VALUE, maka akan lambatlah penjualan rumah anda.

3. Lantik PERUNDING HARTANAH yang berlesen. Anda tidak akan mampu menjual rumah anda kerana anda tidak mempunyai portal-portal iklan hartanah. Portal iklan hartanah akan mempercepatkan anda mendapat BUYER. Dengan melantik PERUNDING HARTANAH, anda memudahkan tugas anda seperti kerja-kerja menyemak MARKET VALUE dan membuat ANALISA HARGA anda boleh serahkan kepada mereka.

4. Pastikan anda membuat LANTIKAN EXCLUSIVE kepada PERUNDING HARTANAH yang anda lantik. Banyak kelebihan LANTIKAN EXCLUSIVE. Salah satunya adalah anda tidak perlu pening kepala berurusan dengan lebih dari seorang PERUNDING HARTANAH.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk menjual rumah anda, anda boleh membuat sebarang pertanyaan kepada saya. Saya sedia membantu anda.

Sekian dari saya,

Zeela Lamin
Perunding Hartanah 23304
Propland Consultancy


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Rumah Untuk Dijual

Kota Kemuning, Shah Alam


Cantik rumah ini. Masih baru. Tempat pun tak jauh dari Shah Alam.


Berminat sila hubungi Zeela Lamin, REN23304

FOR SALE:

Kemuning Utama, Kota Kemuning, Shah Alam

Property Detail:
----------------------

* 2-sty Terrace
* Freehold Non-bumi
* Land Area: 22x70
* Built Up: 2200
* Bedroom: 4
* Bathroom: 4
* Renovation: wet kitchen tabletop and cabinet

*****************************************
HARGA JUALAN: RM750K (LAST PRICE)
*****************************************

Bayaran:

 3% Earnest Deposit.
 7% Upon Sign S&P.
 Bank loan & Lawyer Services boleh diaturkan.

Kalau anda berminat nak tengok rumah boleh Call/SMS atau Whatsapp saya.

Nak senang klik link ni untuk whatsapp👇👇


Zeela Lamin
Real Estate Negotiator 23304
017-267 2013

PROPLAND CONSULTANCY VE(3)0326
Registered Property Consultants,
Valuation Surveyors, Real Estate Agents, Property Managers, Plant & Machinery Valuers
No. 58A, 1st Floor, Jalan Badminton 13/29
Tadisma Business Park,
Section 13
40000 Shah Alam Selangor
Tel: 603-5524 3645
Fax: 603-5524 3745
Email: propland.sales@gmail.com
























Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Soal Jawab (Q&A)

Nak Jual Rumah Tapi Tak Tahu Berapa Harga Nak Letak



Teks ini khusus untuk pemilik rumah yang ingin menjual rumah.

Sebagai owner rumah sudah tentu kita hendak jual rumah kita pada harga yang terbaik.
Adakah anda mengalami masalah ini?

1. Tidak pasti berapa harga pasaran semasa?
2. Tak tahu nak semak harga pasaran di mana?
3. Nak semak harga dengan banker atau valuer tapi tak di layan?

Berita baik, di sini kami ada menyediakan perkhidmatan PERCUMA untuk semak harga rumah anda.
Apa yang anda perlu buat adalah KLIK link di bawah ini dan isi borang online tersebut dan pihak kami akan menghubungi anda dengan segera.

>>> bit.ly/zeelapropertyowner

Mudah bukan? Serahkan kepada yang pakar, pasti selesai masalah anda.

Sekian dari saya,

Zeela Lamin
Perunding Hartanah 23304
Propland Consultancy

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments