Sunday, September 20, 2015

Tukar Cermin Kereta Murah



Hari ini saya, suami dan anak-anak selesaikan urusan tukar cermin yang pecah. Sebelum ini kami telah survey banyak tempat termasuk kawasan Sungai Buloh tapi agak mahal harga yang mereka letak, kami rasa tidak berbaloi sekiranya perlu bayar sekeping cermin dan upah sehingga RM800. Maka, kami survey lagi. Bukan sekadar di kedai-kedai tetapi di facebook juga. Erti kata lain, media sosial jika digunakan dengan baik, ianya sangat membantu mereka yang memerlukan maklumat seperti kami.


Terima kasih kami ucapkan kepada page facebook kumpulan kereta kerana melalui page itu, kami dapat berjumpa dengan orang yang menjual cermin kereta yang kami rasa harganya berpatutan. Ianya bukan cermin baru tetapi kami perlu cari mereka yang menjual 'sparepart' yang terpakai. Tak mampu nak beli baru kerana perlu membuat tempahan dan ianya makan masa untuk tunggu.


Selesai beli cermin, kami berkira-kira untuk pasang cermin di mana. Tiba-tiba suami saya cakap dulu masa beli kereta dan tukar cermin, ada satu kedai yang memang pakar tukar cermin. Harga pun berpatutan tapi jauh. Setelah berbincang, kami sepakat untuk ke sana. Sebenarnya bukan jauh mana pun. Sungai Buloh ke Cheras saja. Perjalanan lebih kurang 45 minit, melepasi beberapa tol dan kesesakan jalan saja.


Sampai sana, taklah lama sangat mereka buat. Dalam masa 1/2 jam saja sudah siap. Sambil tunggu, saya dan anak-anak berehatlah sebentar. Kami jimat banyak dengan tindakan yang kami ambil. Berapa kami jimat?


RM800-RM150(cermin kereta)-RM80(upah pasang)= RM570 (JIMAT)
Jimat bukan?


Oleh itu, saya share dekat sini siapa yang ada masalah seperti saya dan mencari harga yang berpatutan dan masuk akal untuk didengar. Bolehlah datang ke kedai ini. Kedai ini  di kawasan Cheras saja.


Jika suka, like&share atau copy&paste.










1 comment: