Sunday, October 25, 2015

Kami Berpesta di Teluk Penyabung, Mersing



Assalamualaikum buat semua teman-teman. Pasti semua sedang berehat waktu ini, betul tak? Saya pula dalam perjalanan pulang ke rumah. Baru balik berpesta. Hihi...yeker pesta? Bukanlah. Sebenarnya ini adalah percutian untuk AJK EWA atau Persatuan Usahawan Wanita. Kini masih lagi di dalam bas berehat sambil bercerita dengan anda semua di sini tentang percutian saya di Teluk Penyabung. Kami semua menginap di Teluk Penyabung Resort milik Presiden EWA iaitu Datin Norizan.

Kami bertolak dari KL pada hari Jumaat jam 8.30 pagi dengan menaiki bas. Ramai-ramai naik bas. Seronok pula rasanya bila jalan ramai-ramai macam ini. Dah lama pun tak naik bas. Perjalanan sangat panjang. Bukannya dekat Mersing ini. Tetapi kami tak merasa perjalanan kami sangat panjang kerana kami seronok pula di dalam bas. Sambil berehat, sambil berborak  dan sambil tengok cd.

Irfan dan Danial duduk di tempat duduk yang sama. Saya ditempat duduk sebelah mereka. Satu baris. Saya lihat mereka gembira sangat. Irfan macam biasa dengan IPadnya. Danial pula berbaring sebab pening. Tak biasa naik bas. Tapi selepas itu, Danial muntah. Panik saya sebentar. Nasib baik pemandu bas ada minyak angin. Saya minta Irfan bertukar tempat duduk dengan saya. Saya sapu minyak angin di kepala Danial dan urut kepalanya. Saya minta Danial baring di kaki saya supaya kurang rasa peningnya.

Dalam jam 4.30 petang kami sampai Teluk Penyabung. Kami diberi bilik dan berehat sebentar. Irfan dan Danial dah tak sabar mandi swimming pool. Saya biarkan mereka ke swimming pool. Jam 8.30 malam, kami dihidangkan dengan BBQ. Sedap makan. Ada udang goreng, ketam goreng dan macam-macam lagi. Mewah dengan seafood. Hai...gemuklah saya hihi. Yang bestnya semua segar-segar belaka. Selepas itu ada karaoke tapi saya tak sertai mereka kerana pening kepala. Saya dan anak-anak tidur awal malam itu.

Hari ke dua pula, kami di bawa pusing-pusing seluruh Mersing. Melawat rakan-rakan usahawan di sini. Saya suka lihat semangat mereka. Walaupun jauh di pinggir bandar, tetapi mereka punya semangat yang tinggi untuk menjadi salah seorang usahawan Melayu. Punya semangat yang tinggi untuk mengubah nasib Melayu. Punya semangat yang tinggi juga untuk membantu Melayu. Kami di bawa mengunjungi kilang membuat rempah soto, kilang membuat belacan, bengkel kereta dan lain-lain lagi. Danial dan Irfan juga ikut serta. Irfan dah seronok dengan kawan-kawan barunya. Lupa sebentar dia pada saya. Biarlah. Sekali sekali dia berjalan. Seronok betul dia.

Perjalanan dari jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Kami pulang semula ke Teluk Penyabung Resort untuk makan tengahari. Kami dihidangkan pula dengan nasi beriani. Sedap sungguh. Makanan semua disediakan oleh orang-orang Mersing. Pada waktu petang jam 2.00 petang, kami di kunjungi oleh Dinarshad, salah seorang jurugambar yang terkenal. Kebiasaannya dia membuat kerja-kerja untuk VVIP organisasi besar seperti KFC, MAYBANK dan banyak lagi. Banyak input juga yang saya dapat dari Dinarshad. Jam 5.00 petang, kami di bawa ke Pantai Teluk Penyabung. Masya Allah, cantik sungguh pantai ini. Terdapat Batu Sabung tempat lanun berlawan dan juga Pulau Cincin. Cantik. Saya jatuh cinta pula lihat keindahan Teluk Penyabung. Dah lama tak melihat pemandangan yang masih lagi hijau, suci dan belum lagi di ratah oleh pembangunan. Kami bergambar kenangan di sana.

Pada waktu malam pula, kami dihidangkan dengan pelbagai makanan lagi. Saya tak boleh berdiet dah. Terpaksa makan...hahaha...rugi tak makan sebab sedap. Kemudian mereka buat pertandingan karaoke dan juga acara penyampaian hadiah untuk acara Gapaian Kasih pada hari pertama sampai, acara mewarna bagi kategori kanak-kanak dan acara karaoke. Kami masuk tidur jam 11.00 malam.

Hari ketiga dan hari terakhir. Jam 8.30 pagi kami bersarapan. Masya allah, lagi sekali saya tak mampu lagi nak berdiet. Sedap sungguh nasi dagangnya. Kami dihidangkan dengan nasi dagang, cucur bilis, kuih manis terengganu dan yang paling menariknya adalah pulut periuk kera. Masa mula saya lihat, macam pelik je. Saya renung dan belek-belek kuih ini. Memang saya pelik. Ini pertama kali saya lihat pulut periuk kera. Saya tanya mereka tentang pulut ini. Mereka kata, pulut ini hanya boleh dapat di Mersing saja. Tempat lain tak dapat. Ooohh, patutlah tak pernah nampak. Kemudian, saya pelik juga kenapa di Mersing banyak makanan orang Terengganu. Saya diberitahu bahawa di Mersing terutamanya persekitaran pantai, ramai orang Terengganu yang tinggal di Mersing. Ooohhh, lagi sekali baru saya tahu. Unik bukan. Siapa sangka di Johor juga mempunyai kepadatan penduduk Terengganu.

Jam 9.30 pagi kami dibawa ke Jeti Endau Rompin. Lagi sekali saya dibawa melihat sendiri kehidupan seorang nelayan. Bagaimana mereka bersusah payah mencari rezeki dan bagaimana juga mereka bersusah payah dalam membantu kita semua mendapatkan ikan tanpa kita bersusah payah berhujan panas, ribut petir dan belum lagi mabuk laut akibat gelombang ombak yang adakalanya sangat bergelora. Saya kagum dengan semangat mereka. Kawan-kawan saya semuanya membeli ikan-ikan segar dari mereka.

Jam 11.00 pagi kami sampai semula ke Teluk Penyabung Resort dan bersiap-siap untuk pulang. Sedih pula rasanya nak tinggal satu tempat yang sangat cantik. Sebelum pulang, kami bersalaman dengan kawan-kawan di Mersing dan mengucapkan terima kasih kepada semua dan juga Datin Norizan atas segala usaha dan kerjasama.

Dengan ini, saya ingin menyampaikan ucapan setinggi terima kasih kepada semua AJK EWA yang terlibat dalam menjayakan RETREAT EWA ini. Anda berjaya dalam membuat satu usaha program yang mampu mengeratkan silaturahim sesama ahli. Semoga Allah balas jasa anda semua.

Sekian catatan saya mengenai percutian 3 hari 2 malam saya di TELUK PENYABUNG, MERSING.


Hari Pertama

 Jemput makan semua.


 Irfan dan Danial duduk sama-sama


Irfan tengok movie dalam bas

Danial baring dalam bas

 Teluk Penyabung Resort




Pemandangan luar dari dalam bilik.




Hari Kedua


Bersama Pemilik Bengkel Kereta

Bersama Pemilik Rempah Soto


Saya di Kilang Belacan




Pantai Teluk Penyabung







Bersama Din Arshad

Pertandingan Mewarna.

Saya di Jeti Endau Rompin








Acara Penyampaian Hadiah





Acara Karaoke

Datin Norizan dan suami.

Saya dan Adda menyanyi.


En. Din Arshad sedang menyanyi.


Hari Ke Tiga
















No comments:

Post a Comment