Monday, December 7, 2015

Inspirasi Artikel Buat Tukang Jahit


Assalamualaikum kawan-kawan. Tengah buat apa? Monday mood tak? Janganlah monday mood. Kerja itu kan ibadah. Buat kerja pun dapat pahala tau, tapi sentiasa mulakan kerja dengan bismillah dan niat kerja untuk Allah. Insya Allah, Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita.

Hari ini saya rasa gembira sangat. Tak terkata. Artikel saya mengenai Jahitan telah keluar dalam Mingguan Wanita. Terima kasih yang teramat sangat kepada Puan Masayu Ahmad dan Akedemi Bekerja Dari Rumah (ABDR).

Ini adalah salah satu sebab mengapa berniaga secara jemaah dan mencari kumpulan bagi menyokong dan membantu perniagaan anda. ABDR adalah salah satu jemaah saya memperkenalkan ARAMAYA saya ke mata dunia. Inilah impian saya.

Terus terang saya katakan di dalam artikel ini, saya bersemangat ingin memberi inspirasi kepada semua Tukang Jahit seperti saya agar mempunyai impian dan mimpi yang besar.
Mengapa saya bersemangat dengan artikel ini? Ini kerana saya sangat yakin bahawa setiap wanita punya kehebatan yang luar biasa. Lebih-lebih lagi seorang suri rumah.

Ianya kedengaran luar biasa. Boleh ke Tukang Jahit nak jadi sehebat butik-butik ternama dan pereka fesyen terkenal? Jawapannya : Boleh. Anda boleh, saya boleh dan semua orang boleh. Jawapan itu semuanya ada di dalam diri kita. Kita perlu yakin. Buang tepi segala perasaan rendah diri dan perasaan takut untuk menjadi hebat. Kita semua adalah hebat.

Bagi Tukang Jahit di luar sana dapatkan Majalah Mingguan Wanita. Baca dan dapatkan semangat anda menjadi Tukang Jahit yang hebat.

Selamat membaca kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment